Mensyuarat barisan PERTAMA 2015/2016 bersama Timbalan Dekan

Tarikh : 11 Jun 2015 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mensyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat


Barisan kepimpinan PERTAMA 2015/2015 telah mengadakan mensyuarat bersama Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz, Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Mensyuarat ini adalah penjumpaan pertama antara Timbalan Dekan dan barisan kepimpinan PERTAMA. Turut dihadiri juga oleh Dr. Mohd Rosmadi Mokhtar iaitu Ketua Program Pengajian Sains Komputer.
Mensyuarat dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Juzaiddin Ab Aziz (Timbalan Dekan) dan Dr. Mohd Rosmadi Mokhtar (Ketua Program Pengajian Sains Komputer)

Mensyuarat ini juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru PERTAMA serta membentangkan tentang hala tuju dan idea-idea program PERTAMA pada sesi akademik 2015/2016.

Mensyuarat didahului dengan ucapan Timbalan Dekan serta pengenalan kepada barisan PERTAMA 2015/2016. Seterusnya diikuti dengan pembentangan idea-idea program PERTAMA. Idea-idea tersebut dibentang oleh YDP Mohd Izlan Abd Halim, bagi program rasmi PERTAMA dan bagi idea-idea program exco pula dibentangkan sendiri oleh exco-exco sendiri.




Timbalan Dekan dan Dr. Mohd Rosmadi menyambut baik idea-idea tersebut serta memberikan komen dan pandangan tentangnya. Antara program yang dicadangkan oleh barisan PERTAMA perlu diberikan prioriti dan tumpuan yang lebih, manakala program yang lain pula perlu dibincangkan semula cara pelaksanaannya bagi membolehkan semua program dalam dijalankan disamping menepati objektif setiap program.

Selain itu, penekanan terhadap kelab-kelab di FTSM juga perlu diambil kira bagi mewujudkan satu rangkaian antara organisasi serta mewujudkan kerjasama bagi membangunkan FTSM. Barisan PERTAMA juga disarankan untuk menerapkan nilai-nilai IT dalam sesuatu program yang akan dijalankan bertepatan dengan nama Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Pada akhir mensyuarat, barisan PERTAMA bersetuju dengan pandangan yang diberikan serta beberapa ahli mengutarakan beberapa soalan kepada Timbalan Dekan dan majlis bersurai.





No comments:

Pages